Sabah Workers Integrated Management System
SWIMSSabah Workers Integrated Management System (SWIMS) merupakan satu platform atas talian yang diwujudkan bertujuan untuk memudahkan proses permohonan penggajian pekerja bukan pemastautin oleh majikan merangkumi pelbagai jenis mekanisma pengambilan yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Sistem ini dibangunkan dengan hasrat untuk mengawal kelulusan penggajian pekerja bukan pemastautin dengan menitikberatkan elemen-elemen seperti pemalsuan dokumen permohonan, penipuan data/maklumat majikan dan pematuhan terhadap perburuhan menerusi integrasi pelbagai sistem.
Pembangunan sistem melibatkan kerjasama di antara Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTKS), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Jabatan Ketua Menteri(JKM) serta agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan pekerja bukan pemastautin di Sabah.
Sistem ini bermatlamat untuk menyediakan platform yang holistik dan menyeluruh bagi melengkapkan kitaran pengurusan pekerja bukan pemastautin di Sabah meliputi fasa sebelum penggajian, semasa penggajian dan selepas penggajian. Sasaran pengguna utama adalah majikan swasta, Pegawai JKM ,Pegawai JTKS, Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Kawal Selia (AKS) bagi setiap sektor terlibat dalam penggajian pekerja pemastautin.
